CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
http://www.leeloublogsimages.com/Backgrounds/GrowingDesignsBlogback3.png

Wednesday 27 July 2011

Pengorbanan seorang BAPA



Kisah bapa misali di mana si bapa ditugaskan untuk mengeram telor sehingga menetas selama 4 bulan di musim sejuk tanpa makan dan minum. Penguin betina kelihatan menuju ke satu destinasi…. untuk bertelur. Setelah bertelur di berikan telornya itu kepada si jantan (“suaminya”) untuk diramkan. Si betina akan bergegas ke laut untuk memburu dan makan selama 4 bulan. Selama 4 bulan jugalah si jantan akan menjaga telor yang telah diamanahkannya itu – tanpa meletakkan telor itu ke tanah walaupun sesaat – kerana kalau terjatuh – anak penguin akan mati.Selama 4 bulanlah si jantan akan berdiri tanpa rehat untuk memastikan telornya itu menetas … – si jantan tidak buat apa-apa melainkan bersabar.Bila tiba musim bunga – si jantan kelihatan menatang seekor anak penguin. Pada ketika itu jugalah sibetina akan balik setelah puas memburu. Si betina akan terus ke “suaminya” dan mengambil alih tugas membesarkan si anak. Si jantan pula akan terus ke laut untuk memburu.Kehidupan mereka bahagia. Si jantan tidak pernah mengeluh. Jika ditakdirkan sibetina mati semasa dilautan – si jantan juga akan mati kerana tidak ada yang nak take-over!!!!mereka bahagia kerana hidup mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah Manusia pun begitu – apabila hidup menurut fitrah… Sesungguhnya Islam itu agama dari Allah dan secocok dengan fitrah manusia. Manusia yang menjauhkan diri
dari Islam bererti menjauhkan diri dari fitrah semula jadinya – akibatnya manusia akan terjerumus dalam lembah yang hina ….

kenapa bila menyebut tentang penguin hanya hitam putih yang difikirkan manusia.Pernyataan yang sungguh random, tapi kenapa itu sahaja?

"Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka." [38:27]

Ternyata pemikiran random kita itu kosong. Tidaklah Allah SWT ciptakan alam ini dengan sia-sia.
Video di atas salah satu buktinya bagi orang yang berfikir.

penguin
mereka bertahan melindungi anak mereka
walaupun angin sejuk mendatangi kuat
angin sejuk bersuhukan -50°C
dari mana naluri ini datang?
SubhanAllah

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [61:1]


dan juga ayat ini

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." [17:44]


bagaimana pula kisahnya dengan manusia?

ya kita manusia
adakah kita bersyukur kepada-Nya?
mata meliar melihat keliling
terdiam
Astaghfirullahalazim..............................

 Betapa keras perumpamaan Allah kpd manusia yg berpaling dr kebenaran.lebih teruk dr binatang ternakan.kalau lg teruk dr binatang ternakan,apakah itu?tak dapat dibayangkan oleh minda yg terbats ini.tp manusia tetap berpaling dr kebenaran.apakah mereka tidak berfikir?menjadi lebih teruk dr lembu. Indahnya hidup jika manusia menyedari dan berpegang pada fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt.Naluri kasih sayang dan terdorong kepada perkara kebaikan adalah antara 2 fitrah manusia yang semakin dilupakan dan ditinggalkan.Dengan wujudnya manusia yang menidakkan 2 fitrah ini lah, dunia menuju kehancuran.

 Wallahua’lam